PRN Johor: Warisan akan bertanding di enam DUN

Iklan
Enam calon Warisan yang dipilih untuk bertanding pada PRN Johor

JOHOR BAHRU - Parti Warisan mengumumkan akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, ia melibatkan DUN Pekan Nenas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

Iklan
Iklan

"Calon-calon yang akan bertanding adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nenas), A Sandra Segara (Bekok) dan Mohamed Noor Suleiman (Mahkota).

"Tiga nama lagi adalah Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lee Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas),” katanya.

Iklan
Iklan