Tindakan UMNO batal hasrat tanding 42 kerusi bukti ada musyawarah

Iklan
Mahdzir ditemui pemberita selepas Program Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Minda Kesihatan Masyarakat Orang Asli di Batu Pahat pada Jumaat.

BATU PAHAT - Tindakan UMNO yang membatalkan hasrat untuk bertanding 42 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan adanya konsep musyawarah dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apabila adanya lebih daripada satu parti dalam gabungan BN, perlunya ada sikap bertolak ansur.

Iklan
Iklan

"Tak boleh ambil semua dekat kita. Bila ada UMNO, MCA, MIC dan kita pula adalah gabungan (lebih) daripada 60 tahun, kita kena ada sifat tolak ansur.

"UMNO bertolak ansur, MIC kena bertolak ansur, MCA juga bertolak ansur. Akhirnya ada kata sepakat yang diputuskan semalam (Khamis),” katanya kepada pemberita selepas Program Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Minda Kesihatan Masyarakat Orang Asli di sini pada Jumaat.

Iklan

UMNO sebelum ini dilapor membatalkan hasrat untuk bertanding sebanyak 42 kerusi di Johor dan membenarkan sekutunya dalam BN iaitu MCA dan MIC masing-masing mengekalkan jumlah kerusi yang sama yang mereka tandingi pada pilihan raya umum 2018.

UMNO akan bertanding sebanyak 37 kerusi manakala MCA dan MIC masing-masing mengekalkan 15 dan empat kerusi.

Iklan

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pihaknya melihat suasana pilihan raya pada waktu ini adalah berbeza semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Jadi, kecenderungan BN untuk menang di tempat-tempat yang dijangka tidak menang itu kita pun yakin kita juga boleh menang.

"Kerana apa yang berlaku di Melaka, di Sarawak, orang pun menjangkakan macam lain tapi pengundi di luar sana sudah mempunyai keputusan yang agak luar biasa berbanding 2018,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penukaran dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Tanjung Surat, Mahdzir menjelaskan keputusan akhir adalah sehingga pada hari penamaan calon.

"Saya fikir apa-apa yang berlaku ini sehingga hari penamaan calon maknanya keputusan akhir itu sehinggalah kepada hari penamaan calon,” katanya.

UMNO pada Khamis dilapor membuat pertukaran calon sekurang-kurangnya di dua kerusi DUN Johor.

Dua kerusi berkenaan ialah DUN Sungai Balang dan Tanjung Surat, yang masing-masing terletak dalam kawasan Parlimen Muar dan Pengerang.