Konflik di Ukraine: NATO, Rusia perlu hentikan provokasi

Iklan
Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa agar kedua-dua belah pihak sama ada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Rusia segera menghentikan serangan dan provokasi di Ukraine.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menolak serangan Rusia ke atas Ukraine yang bermula pada Khamis sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan dan kemusnahan harta benda.

Iklan
Iklan

"Justeru, bagi menghentikan konflik di Ukraine, kita mendesak dihentikan segera sebarang provokasi dari kedua dua belah pihak sama ada NATO dan Rusia di rantau tersebut.

"Semua pihak perlu ke meja rundingan agar konflik ini dapat dihentikan dengan segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, sebarang alasan yang diberikan oleh Rusia, tidak membolehkan untuk melakukan serangan ketenteraan terhadap mana mana negara lain sepertimana yang berlaku dalam serangan Amerika Syarikat dan NATO terhadap Iraq dan Afghanistan pada tahun 2001 dan 2003 dahulu.

Ini kerana, katanya, ia telah menjadi sejarah bahawa peperangan akan membawa kesan buruk pada skala yang besar dan mengambil masa berdekad-dekad untuk kembali memulihkannya.

Iklan

"Sehingga ke hari ini walaupun peperangan telah berlalu hampir 20 tahun, tentera Amerika Syarikat (AS) masih kekal di Iraq walaupun ditolak oleh kerajaan Iraq.

"Begitu juga dengan pendudukan tentera AS di Syria masih kekal walaupun ditolak oleh rakyat dan kerajaan Syria,” katanya.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine pada Khamis.

Media antarabangsa melaporkan Putih telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, menyifatkan ia sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ dan bukan bertujuan menduduki negara itu.