PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 74 panggilan kecemasan di seluruh negara susulan gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi Jumaat.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, panggilan itu melibatkan 21 di Kuala Lumpur, Putrajaya (16), Selangor (14), Negeri Sembilan (10), Melaka (tujuh), Pahang (empat) dan masing-masing satu panggilan di Perak serta Johor.
"Kesemua panggilan diterima JBPM adalah sekitar 9.47 hingga 11.24 pagi," katanya kepada Sinar Harian.