Proses pemutihan elak sangkar ikan haram

Iklan
Kerajaan Pahang akan laksanakan pemutihan sangkar ikan di Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Gambar kecil: Mohd Sharkar

TEMERLOH - Kerajaan negeri akan melaksanakan program pemutihan membabitkan semua sangkar ikan di Sungai Pahang dan Sungai Semantan di Temerloh bagi memastikan tiada lagi haram di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin memberitahu, pemutihan itu juga bertujuan mengenal pasti pemilik dan jumlah sebenar sangkar di dua sungai itu.

Menurut beliau, proses terbabit turut memudahkan kerajaan negeri menghulurkan bantuan jika berlaku bencana seperti banjir dan menjadikan Sungai Pahang dan Sungai Semantan sebagai hub ikan patin.

Iklan

"Kerajaan negeri mempunyai perancangan jangka panjang untuk menambah jumlah sangkar di sungai berkenaan selain memudahkan proses itu jika setiap pemilik dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui Facebook pada Jumaat.

Ujarnya, kerajaan negeri akan mempermudahkan proses bagi mendapatkan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada pemilik mendaftarkan setiap sangkar ikan yang dimiliki mereka.

Iklan

"Apa yang berlaku sebelum ini, pemilik TOL hanya seorang tetapi berkongsi TOL yang sama. Mungkin ketika itu prosesnya memakan masa agak lama," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Sharkar memberitahu, proses itu akan dipermudahkan melalui program pemutihan.

Jelasnya, ia akan dilaksanakan secara lebih sistematik bersama persatuan yang aktif menternak ikan patin dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta universiti untuk menjadikan perusahaan ikan sangkar ini bidang yang menguntungkan.