41 hilang tempat tinggal

Iklan
Keadaan kediaman yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

KUALA LUMPUR - Seramai 41 orang hilang tempat tinggal apabila 10 kediaman di Lorong 1, Kampong Setia Jaya, di sini musnah dalam kebakaran berlaku petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.51 petang sebelum 22 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Setapak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.