BINTANG tenis Rusia, Daniil Medvedev kini disahkan sebagai pemain nombor satu selepas melakar kemenangan 6-2, 6-3 ke atas pemain Jepun Yoshihito Nishioka pada suku akhir Terbuka Mexico.
Kemenangan berkenaan membolehkan pemain nombor dua dunia berusia 26 tahun tersebut memintas pemain Serbia, Novak Djokovic yang tewas pada aksi suku akhir di Terbuka Dubai sebelum itu.