JERANTUT - Lebih 500 penduduk di Kampung Bantal di Ulu Tembeling di sini kini berjaga-jaga selepas beberapa rumah kedai di Dataran Bantal dinaiki air awal pagi Jumaat.
Ketua Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, hujan lebat beberapa hari lalu di hulu Sungai Tembeling dan paras air dijangka naik lagi malam Sabtu.