Kes 1MDB: Sembilan jam rekod keterangan Rohana - SPRM

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekod keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma, Datuk Rohana Rozhan, pada Khamis.

Menurut sumber, rakaman percakapan Rohana diambil pada jam 9 pagi sehingga jam 6 petang di pejabat SPRM Putrajaya susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia adalah berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta) kepada Rohana.

"Kita (SPRM) akan jalankan siasatan berkenaan dakwaan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Azam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Sebelum ini, perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat bertukar sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan dengan Rohana.

Iklan

Memetik laporan media antarabangsa, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner memetik beberapa termasuk Rohana, menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Leissner turut ditanya sama ada dia pernah memberikan sejumlah wang diterima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikan kekasihnya rumah tersebut pada 2013 selepas Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.

Hubungan mereka kemudiannya berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee.