'Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak' - TMJ

Iklan
Tunku Ismail

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) wajib memenangi perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah sekiranya tidak mahu kehilangan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ia selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menyatakan hasratnya untuk berundur dari arena bola sepak negara sekiranya JDT tewas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor esok.

Iklan
Iklan

"Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara," kata Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 November lalu.

Iklan

Pada perlawanan tersebut KL City berjaya membenam juara bertahan, JDT 2-0 hasil jaringan Zhafri Yahya dan kapten, Paulo Josue sekali gus dinobat sebagai juara Piala Malaysia.

Susulan kekalahan itu, Tunku Ismail menerusi satu temu bual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini memberi jaminan bahawa peristiwa pahit pasukan itu tidak akan berulang kembali.

Iklan