Kontena tumbang bukan berlaku di Pelabuhan Klang

Iklan
Kejadian beberapa lapisan kontena tumbang bukan berlaku di Pelabuhan Klang seperti yang tular di media sosial pada Jumaat.

SHAH ALAM - Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) menafikan bahawa kejadian beberapa kontena tumbang seperti yang dipaparkan dalam satu klip video tular berlaku di Pelabuhan Klang.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Besar PKA, Kapten K Subramaniam dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Klip video berdurasi 25 saat itu dikaitkan dengan gempa bumi di Sumatera, Indonesia, berukuran 6.1 pada skala Richter, yang berlaku 9.39 pagi tadi.

MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter memaklumkan gegaran tersebut turut dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. - Bernama

Iklan
Iklan