KIEV - Seorang wanita pertengahan usia di Ukraine dipuji kerana keberaniannya berdepan dengan tentera Rusia.
Insiden itu berlaku di bandar Henichesk, timur Ukraine beberapa jam selepas Rusia melancarkan pencerobohan berskala besar ke atas negara jirannya itu pada awal Khamis.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, wanita tidak dikenali itu dilihat mengajukan beberapa soalan kepada askar Rusia terbabit.
Wanita tersebut kemudian turut didengari memarahi askar terbabit selepas dia diminta beredar dari kawasan tersebut.
"Kamu penceroboh, fasis! Apa tujuan kamu berada di negara kami?
"Nah, ambil biji benih (bunga matahari) ini dan letak dalam poket kamu.
"Sekurang-kurangnya nanti ia tumbuh bila kamu terbaring (mati) di atas tanah," kata wanita tersebut.
Bunga matahari adalah bunga kebangsaan Ukraine.
Bandar Henichesk terletak hanya 1.6 kilometer (km) dari Crimea yang dirampas Rusia pada 2014. - Agensi