Banjir di Terengganu

Iklan
Penduduk mula berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir semasa tinjauan di Kampung Teladas di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata jumlah penduduk yang terlibat banjir di Terengganu meningkat kepada 975 orang daripada 269 keluarga setakat jam 6 petang tadi.

Daerah Kemaman merekodkan jumlah tertinggi iaitu 475 orang daripada 133 keluarga ditempatkan di sembilan PPS manakala daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah 351 penduduk terlibat daripada 83 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Iklan
Iklan

Daerah Setiu pula mencatatkan jumlah seramai 86 orang daripada 33 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.