NATO, EU gagal bertindak tegas, hanya beri 'nasihat' kepada Ukraine

Iklan
Recep menjalinkan hubungan yang baik dengan Rusia dan Ukraine serta meletakkan kedudukannya sebagai perantara neutral untuk penyelesaian kepada krisis tersebut. - Foto Agensi

ANKARA - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) didakwa gagal untuk mengambil pendirian lantang terhadap kempen pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

"NATO sepatutnya bertindak lebih tegas," ujar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang juga salah sebuah anggota perikatan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, EU dan negara pro-Barat lain hanya mampu memberikan 'nasihat' kepada Kiev dan membiarkan negara itu terkapai-kapai menghadapi serangan bertalu-talu Moscow.

Difahamkan, Ankara menjalinkan hubungan yang baik dengan Rusia dan Ukraine serta meletakkan kedudukannya sebagai perantara neutral untuk penyelesaian kepada krisis tersebut.

Iklan

Recep menzahirkan kekesalan itu ketika NATO dijadualkan mengadakan sidang kemuncak secara maya pada Jumaat untuk membincangkan langkah tambahan yang bakal diambil.

AFP memetik kenyataan seorang diplomat melaporkan pasukan tambahan darat dan udara akan dikerahkan ke sayap timur perikatan tersebut serta disusuli dengan penambahan angkatan tentera laut.

Iklan

Recep memberi amaran sidang kemuncak itu tidak sewajarnya dijadikan platform untuk 'memberi nasihat' dan kecaman ke atas Moscow.

"Saya berharap sidang kemuncak NATO tersebut akan menunjukkan pendekatan lebih tegas," katanya lagi. - AFP