JAKARTA - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 85 lagi cedera selepas gempa bumi melanda beberapa kawasan di Sumatera Barat pada Jumaat, menurut Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).
Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata, lebih 5,000 orang telah ditempatkan di 35 pusat pemindahan di daerah Pasaman Barat.
Iklan
Iklan
"Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota penyelamat, tentera dan polis masih diteruskan di kawasan terjejas, katanya dalam satu kenyataan.
Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter memusnahkan berpuluh-puluh bangunan dan lebih 1,000 rumah rosak teruk.
Indonesia yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menyaksikan kekerapan aktiviti seismik dan gunung berapi. - Bernama