Dua beradik terkejut jumpa mayat di Pantai Kuala Kandis

Iklan
Mayat terdampar di Pantai Kuala Kandis, Bachok yang ditemukan oleh dua beradik pada Jumaat.

BACHOK - Dua beradik lelaki yang sedang mencari kulit sotong dan hasil-hasil laut terkejut apabila menemui mayat terdampar di Pantai Kuala Kandis di sini pada Jumaat.

Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemukan oleh dua beradik itu pada jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, sejurus menerima panggilan pihaknya terus bergegas ke lokasi.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati satu mayat telah ditemukan dalam keadaan terdampar," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh Cawangan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan mendapati tiada unsur jenayah ditemukan pada mayat tersebut.

Beliau berkata, mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Iklan

Mohamad Ismail berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti sama ada mayat itu warga tempatan atau sebaliknya.

"Sekiranya ada ahli keluarga, nelayan atau pekerja syarikat perkapalan yang hilang boleh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan lanjut," katanya.