PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan sesi libat urus bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada golongan itu.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi kenyataan memaklumkan objektif sesi libat urus itu ialah memberi penerangan berkaitan penambahbaikan perkhidmatan OKU dan pelaksanaan program rintis bayaran bantuan kewangan tanpa tunai atau dikenali sebagai JKMPay.