Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu menghantar kit makanan mangsa banjir yang terjejas di daerah Besut.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 2,563 pada Sabtu berbanding 1,237 orang daripada 339 keluarga direkodkan malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, sehingga jam 8 pagi ini, sebanyak 51 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu 18 di daerah Kemaman, masing-masing 11 PPS di Hulu Terengganu dan Besut, tujuh di Setiu, dan empat PPS dibuka di Dungun.

Iklan
Iklan

Katanya, seramai 1,244 mangsa daripada 340 keluarga ditempatkan di 18 buah PPS di Kemaman yang diaktifkan di Dewan Sivik Air Putih, Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Balai Raya Padang Kubu, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Putih, Masjid Kampung Dadong, SK Lembah Jabor, Balai Raya Padang Kemunting, Surau Haji Othman, Masjid Tebak Batu 16, PPS Kampung Pasir Gajah dan PPS Lubuk Megat.

Selain itu, mangsa banjir turut dipindahkan di SK Kemasik, SK Ibok, SK Binjai, Dewan Sivik Felda Seberang Tayor, Dewan Orang Ramai Batu 14 Kuala Tayur, SK Pengkalan Ranggon dan Balai Raya Kampung Labonan.

Iklan

Selain itu, seramai 652 mangsa banjir daripada 197 keluarga ditempatkan di daerah Hulu Terengganu iaitu di PPS Kampung Lubuk Periuk, PPSK Kampung Menerong, PPS Kampung Peneh, PPS Kampung Pengkalan Ajal, PPS Kampung Tengkawang, Dewan Seri Putih Tok Lawit, SK Tapah, Masjid As Syakirin, PPS Kampung Kepah, PPS Kampung Kua dan SK Kampung Nibong.

Di Besut pula seramai 414 mangsa daripada 94 keluarga ditempatkan di 11 PPS iaitu di Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Dewan Serbaguna Kampung Keruak, Masjid Kampung La, Balai Raya Kampung Pantai, SK Darau, SK Seri Payung, Gelanggang futsal Kampung Keruak, Masjid Kampung Gong Duek, Masjid Kampung Bukit Payong, SK Kampung La dan Surau Kampung Chegar Batang.

Iklan

Di Setiu, 234 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tujuh PPS iaitu di Balai Raya Kampung Seladang, SK Kampung Besut, Balai Raya Kampung Padang Serai, Balai Raya Kampung Besut, Balai Raya Kampung Che Long, SK Kasar, dan Pasar Awam Sungai Tong.

Bagi daerah Dungun pula empat PPS diaktifkan bagi menempatkan 69 mangsa banjir daripada 24 keluarga iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, Surau Kuala Jengal dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menjelaskan keadaan cuaca semasa di Terengganu kini hujan lebat berterusan di kebanyakan tempat.

Katanya, hujan lebat berterusan sejak Rabu menyebabkan kebanyakan kediaman di kawasan rendah dan berisiko di naiki air terjejas.