[VIDEO] Sahruddin hadapi saingan empat penjuru di Bukit Kepong

Iklan
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama calon PN N. 07 Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal dan N. 08 Bukit Pasir Muhd Nur Iqbal Abd Razak sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor di Bilik Gerakan Zon Utara Pagoh hari ini. - Foto Bernama

PAGOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong menyaksikan persaingan empat penjuru antara Parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Kepong, Rahaman @Abdul Rahman Selamat mengumumkan, empat calon berkenaan ialah Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN), Ismail Mohamed (BN), Nurafiqah M Zulkifli (Muda) dan Md Taib Md Suhut (Pejuang).

Iklan
Iklan

"Saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini pada Sabtu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Sahruddin memperoleh 11,665 undi menewaskan pencabarnya Mohd Noor Taib (BN) dan Iqbal Razak (Pas) dengan majoriti 1,273.

Iklan

Mohd Noor memperoleh 10,392 undi manakala Iqbal 1,761 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor), manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan.

Iklan