SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM4 juta untuk membaiki bangunan dan rumah warisan di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif Projek Bangunan dan Rumah Warisan Negeri diperkenalkan pada tahun lepas bertujuan membaiki binaan bangunan dan rumah yang mempunyai nilai sejarah tinggi di negeri ini.