Pemandangan sekitar pantai peranginan Port Dickson yang semakin meriah dengan kunjungan warga Negeri Sembilan bagi menikmati keseronokan serta kepelbagaian aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan ketika tinjauan di Pantai Telok Kemang hari ini.
Sektor pelancongan terutama di daerah Port Dickson terus menerima kunjungan pengunjung dari seluruh Negeri Sembilan dan sekaligus dilihat dapat membantu dalam menggerakkan ekonomi setempat namun orang ramai kekal diingatkan untuk sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.