KUALA LUMPUR - Seorang pemandu maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kemalangan jam 1 pagi itu, kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung di kilometer (km) 6.2 arah Hartamas menghala Plaza Tol Pantai.