PRN Johor: SPRM lancar empat bilik gerakan

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan empat bilik gerakan di seluruh Johor bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, bilik gerakan di Pejabat SPRM Johor, Batu Pahat, Kluang dan Segamat itu akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 malam sepanjang tempoh PRN Johor.

Iklan
Iklan

"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 010-8414384 atau menerusi emel aduan.prnjohor@sprm.gov.my