Mahasiswa ikat perut: KPM rangka program bantuan

Iklan
Maszlee mengadakan lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di UM malam tadi.

PUTRAJAYA - Susulan pendedahan mengenai sebilangan mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang terpaksa mengikat perut, Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan merangka dan menambahbaik program bantuan terkini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu akan dilakukan dengan kerjasama universiti tersebut bagi memastikan beban yang ditanggung pelajar dapat dikurangkan.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengadakan lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di UM malam tadi.

"Dalam lawatan itu, saya telah bertemu dengan mahasiswa di kolej berkenaan dan bertanya sendiri kepada mereka mengenai masalah yang dihadapi berkaitan kos sara hidup. Pelajar yang ditemui menyambut baik kehadiran saya dan mengambil peduli masalah sara hidup yang dihadapi pelajar universiti," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Ahad lalu, media melaporkan ada dalam kalangan mahasiswa UM terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari kerana kekangan kewangan.

Pelajar yang terpaksa berdepan dengan situasi tersebut adalah mereka dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah atau B40.

Iklan