Selepas dilanda hujan berterusan sejak tiga hari lalu, cuaca di sekitar Kuantan kembali cerah namun berawan ketika tinjauan foto Bernama tengahari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman sesawang rasmi sejak beberapa hari lalu telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor dijangka berakhir hari ini.