Banjir di Kelantan makin buruk, Jeli catat mangsa paling ramai

Iklan
Penduduk di Rantau Panjang meredah banjir selepas kawasan tersebut mulai dinaiki air pada Sabtu.

KOTA BHARU - Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila seramai 1,569 mangsa dari 464 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan bermula Jumaat.

Menurut laporan InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan yang paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir tertinggi di negeri ini ialah Jeli seramai 467 orang diikuti Kuala Krai (438 orang); Pasir Mas (357 orang) dan Tanah Merah (307 orang).

Iklan
Iklan

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan lima batang sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan (Kuala Krai); Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Lebir di Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Temangan (Machang) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).

Sementara itu Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah berada paras amaran.

Iklan

Penduduk yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku kerana jarang sekali banjir melanda pada bulan Februari.