KUALA LUMPUR - Polis meningkatkan rondaan di Kedutaan Rusia di Jalan Ampang bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di kedutaan sentiasa terkawal.