Diplomat Malaysia larikan diri ke Poland guna jalan darat

Iklan
Keadaan jalan di Kiev yang dilihat lengang. -Foto EPA

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Diplomat Malaysia yang terkandas di Kiev didakwa dalam perjalanan ke negara jiran Poland melalui jalan darat, selepas tidak berjaya menyelamatkan diri apabila tentera Rusia menghampiri ibu negara Ukraine.

Portal South China Morning Post melaporkan, mereka yang melarikan diri tersebut terdiri daripada lapan rakyat Malaysia dan dua warga asing dengan menggunakan empat buah kereta.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka dikatakan menuju ke Lviv iaitu perjalanan sejauh 782 kilometer (km) dan dijangka mengambil masa kira-kira 10 jam kerana trafik perlahan.

"Kesemua mereka membuat tindakan tersebut disebabkan bas yang disewa tidak kunjung tiba,” menurut portal tersebut pada Sabtu.

Iklan
Iklan