Banjir Kelantan: Jumlah mangsa di PPS terus meningkat

Iklan
Banjir di Kelantan semakin buruk, keadaan terkini di pekan Rantau Panjang susulan limpahan air Sungai Golok. - Foto ihsan pembaca

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 3,656 mangsa telah ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ketika ini berbanding 1,569, pada Sabtu.

Menurut laporan InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi pada Ahad, jajahan paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir ialah Pasir Mas seramai 2,493 orang diikuti Kuala Krai (451); Tanah Merah (341), Jeli (268).

Iklan
Iklan

Pasir Puteh menjadi jajahan terbaharu mangsa banjir dipindahkan apabila 31 orang telah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my hanya dua sungai sahaja yang masih berada di paras bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Temangan di Machang.

Iklan

Bagaimanapun Sungai Kelantan di Kuala Krai; Kusial (Tanah Merah) dan Tambatan Diraja (Kota Bharu) berada pada paras amaran.

Sungai Lebir (Kuala Krai); Sungai Karangan (Kuala Krai), Sungai Lanas (Jeli), Sungai Air Bol (Jeli), Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu, Sungai Semerak (Pasir Puteh) dan Sungai Pasir Puteh (Pasir Puteh) berada pada tahap waspada tetapi trend menaik.

Iklan

Sehubungan dengan itu, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir disarankan supaya sentiasa waspada dengan keadaan terkini cuaca.