Pemandu mabuk, 'superman' antara ditahan polis

Iklan
Seramai enam samseng jalanan ditahan kerana menunggang secara berbahaya dan bersaing termasuk melakukan aksi superman.

KUALA LUMPUR - Seramai 21 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama tiga hari oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara di sini sejak Jumaat lalu.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengadakan sekatan jalan raya di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Iklan
Iklan

"Tangkapan terhadap 13 lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 19 hingga 48 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Seramai enam lelaki berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 ditahan kerana menunggang dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi 'zig-zag', roket, superman serta bersaing," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, dua remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun ditahan masing-masing atas kesalahan menunggang motosikal curi serta memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

Seramai 21 individu ditahan atas pelbagai kesalahan polis dalam operasi selama tiga hari di sekitar Kuala Lumpur sejak Jumaat.

"Tangkapan seorang lelaki tempatan berumur 17 tahun yang menunggang motosikal disyaki dicuri bersangkut dengan repot Ampang 4160/22 dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Iklan

"Suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran telah diserahkan kepada Balai Polis Ampang untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Sarifudin berkata, secara keseluruhan pihak JSPT telah mengeluarkan sebanyak 310 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 10 buah motosikal kerana mengubah suai ekzos.

Tambahnya, motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

Katanya, pihak polis akan mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan semua pihak.