KPDNHEP siasat aduan telur ayam tidak cukup

Iklan
Roszanina (kiri) dan Mohd Hairul (kanan) bersama seorang peniaga yang menunjukkan produk dihasilkan pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Parlimen Johor Bahru di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, Kampung Tok Siak, Johor Bahru, pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan menyiasat aduan mendakwa bekalan telur dan ayam tidak mencukupi di Kota Tinggi dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab bagaimanapun berkata, setakat ini bekalan telur ayam terjamin dan tiada masalah sehingga Jun ini.

Iklan
Iklan

"Kita tetap lakukan siasatan mengenai aduan itu termasuk pemeriksaan harga," katanya kepada pemberita meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Parlimen Johor Bahru di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, Kampung Tok Siak di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro.

Iklan

Mengenai PJKM, beliau beliau berkata, program itu dilaksanakan di 126 lokasi membabitkan 26 kawasan Parlimen di negeri ini dalam usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup susulan kenaikan harga barang keperluan harian.

Katanya, setakat ini seramai 150,000 pengunjung hadir pada PKJM dengan jumlah jualan mencecah RM2.3 juta.

Iklan

"Mereka menyambut baik dan meminta PKJM dilaksanakan secara berkala selain mengakui harga yang ditawarkan dapat meringankan bebanan kos pembelian barangan keperluan harian," katanya.

Beliau mengingatkan semua peniaga PKJM supaya sentiasa beretika, mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

"Kerajaan menyeru agar rakyat bersabar dan terus bersama-sama kerajaan dalam waktu sukar dan luar biasa ini yang turut melanda dunia serta memberi kesan kepada rantaian bekalan global dan negara," katanya.

Seramai 200 anggota penguat kuasa dan 100 Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP di seluruh negeri akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan stabil dan tiada elemen pencatuan terhadap barangan.