Rakyat perlu minta bantuan pihak berkuasa jika berdepan banjir

Iklan
Wan Ashraf Wan Salam, 26, menggunakan kolam kanak-kanak sebagai pelampung untuk menyelamatkan kucing peliharaannya ke tempat selamat selepas kediamannya di landa banjir di Taman Wira Jaya, Lubuk Jong pada Ahad - Foto: Bernama

PASIR MAS - Rakyat diingatkan supaya segera meminta bantuan pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air dan berdepan bencana banjir bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam sentiasa bersedia menyelamatkan mangsa yang terperangkap atau terkandas akibat bencana alam itu.

Iklan
Iklan

"Kita akan cuba membantu semua mangsa banjir dan kalau boleh, kita cuba selamatkan dahulu golongan berisiko, warga emas, orang kurang upaya serta kanak-kanak.

"Sekiranya mangsa hanya berada di rumah dan tidak meminta bantuan, usaha membantu agak sukar dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Taman Wira Jaya dan Perumahan Prima dekat Lubok Jong di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau juga berkata, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan mangsa banjir sebelum membawa mereka ke pusat pemindahan sementara.

"Dalam situasi banjir sebegini, agensi penyelamat biasanya tidak menang tangan dalam usaha menyelamat dan semua pihak diminta bersabar," katanya.

Iklan

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut menjelaskan bahawa 70 peratus penduduk di kawasannya telah terjejas akibat banjir yang tidak dijangka pada kali ini.- Bernama