Pencalonan 5 anak Felda oleh BN dalam PRN Johor satu pengiktirafan

Iklan
Nasaruddin

KOTA TINGGI - Pemilihan lima calon dalam kalangan generasi peneroka tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu pengiktirafan kepada golongan berkenaan.

Pengerusi Kami Anak Felda (KAF), Wilayah Johor Bahru, Nasaruddin Ahmad berkata, langkah itu sekali gus membuktikan bahawa pemimpin dan masyarakat setempat sudah mempunyai keyakinan terhadap keupayaan anak Felda untuk menjadi pemimpin.

Iklan
Iklan

"Selaku pengerusi KAF, saya rasa berbangga. Ini kerana pertama, anak Felda ini telah diiktiraf oleh masyarakat dan pemimpin setempat.

"Ia juga bermaksud bahawa anak peneroka Felda ini juga setanding dan separas dengan rakyat lain di Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Iklan

Lima anak Felda yang dicalonkan BN bagi menghadapi PRN kali ini ialah Muszaidi Makmor yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, Norliza Noh (DUN Johor Lama), Fauziah Misri (DUN Penawar), Anuar Abd Manap (DUN Pemanis) dan Mutalif Rahim (DUN Layang Layang).

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu penempatan generasi kedua Felda di Johor yang dimainkan oleh sesetengah pihak, Nasaruddin memaklumkan bahawa perkara itu sedang dalam proses untuk diselesaikan bersama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili anak Felda.

Iklan

Beliau berkata, bagi memastikan perkara tersebut ditangani, pihaknya juga berurusan dengan kerajaan negeri dari semasa ke semasa.

Nasaruddin turut memaklumkan dari 42 kawasan Felda di bawah KAF, 16 daripadanya telah mendapat kelulusan tanah untuk pembinaan penempatan dan agensi tersebut juga telah memaklumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada generasi kedua Felda.

"Mungkin sesetengah tempat itu yang masih sedang diuruskan yang mana kita ada urusan tanah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, inilah salah satu perjuangan KAF Johor Bahru.

"Felda di peringkat Persekutuan membuat keputusan memberi mandat kepada KAF Wilayah Johor Bahru bersama dengan Majlis Belia Felda Johor Bahru untuk membantu dan menguruskan dari segi pengurusan dengan Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda untuk memberikan bantuan itu,” ujarnya.