Paras air empangan hidro tidak lepasi paras bahaya

Iklan
Tangkap layar hantaran tular berkenaan paras air di Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir di Terengganu melepasi paras bahaya pada Ahad.

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan paras air di Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir di negeri Terengganu sudah melepasi paras bahaya seperti gambar tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Hantaran palsu itu bersama kapsyen 'Empangan kenyir dah melepasi paras bahaya. Siren pun dan berbunyi, tolong doakan untuk Terengganu. Banjir kali ini sangat teruk'.

TNB menerusi hantaran di Facebook TNB Careline pada Ahad memaklumkan, paras air di empangan berkenaan berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah.

Iklan

Perkara itu disahkan dengan menghantar semula tangkap layar gambar yang tular dengan palang Palsu.

"Pemantauan secara berterusan sedang dilakukan dan maklumat yang berkaitan disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga_Nasional,” kata TNB.