PKPD di Felda Tersang tamat esok

Iklan

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1,2 dan 3 Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan pada Isnin, seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad menerusi hantaran di Facebook pada Ahad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan perkembangan situasi semasa di lokaliti terbabit.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, PKPD di kawasan berkenaan dilaksanakan pada 2 Februari lepas dan dijadualkan tamat pada 28 Februari ini.

Menerusi kenyataan yang sama, Rodzi memaklumkan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain.

Iklan
Iklan