KUALA KRAI - Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Galas di Pengkalan Lan, Kampung Kuala Gris di sini menjadi mangsa korban pertama banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mayat Mohamad Ishak, 70, ditemui pada jam 7 malam oleh penduduk setempat.
Iklan
Iklan
"Mayat Mohamad ditemui pada jarak 200 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.
"Mayat itu ditemui dalam keadaan terapung dan tersangkut pada pokok di dalam sungai tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, mayat warga emas berkenaan dihantar Ke Unit Forensik Hospital Kuala Krai untuk tindakan selanjut.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai ke Pengkalan Lan, Sungai Galas, Kampung Kuala Gris untuk mengalih sampannya, pada Jumaat.
Muhammad didakwa ke pengkalan berkenaan pada jam 5 petang untuk mengikat sampan miliknya akibat air naik namun selepas dua jam, dia masih belum pulang.