LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) masih menunggu laporan lengkap pihak keselamatan susulan kekecohan di luar Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, selepas perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur (KL) City pada Sabtu.
"Ya, saya telah melihat video itu tetapi tidak jelas buat masa ini.. bagaimana, mengapa atau siapa yang menyebabkan kejadian sedemikian dan adakah perkara ini adalah pertengkaran terpencil atau sebagainya.
Iklan
Iklan
"MFL sedang menunggu laporan lengkap pihak keselamatan insiden malam itu dan kami akan bertindak sewajarnya setelah mengetahui butiran lanjut.
"Buat masa ini sukar untuk mengulas tanpa banyak fakta mengenai insiden ini," katanya Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Terdahulu tular rakaman berdurasi 32 saat di laman sosial kekecohan dipercayai dalam kalangan segelintir penyokong Harimau Selatan dan The City Boys termasuk insiden balingan suar di pekarangan Stadium Sultan Ibrahim, selepas perlawanan JDT menentang KL City.
Dalam perlawanan itu Harimau Selatan yang tampil dengan status juara Liga Super lapan kali berturut-turut tidak berdepan masalah menewaskan juara Piala Malaysia, The City Boys 3-0 hasil jaringan Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-26', Fernando Forestieri (31') dan Afiq Fazail (84').
Artikel Berkaitan