PUTRAJAYA - Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapat keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, kementerian memaklumkan rakyat Malaysia yang terjejas telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara.