Nadal tambah koleksi kejuaraan

Iklan
Rafael Nadal -Foto: AFP

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal meneruskan momentum positif apabila menambah lagi koleksi kejuaraan tahun ini setelah menjuarai Terbuka Mexico selepas menewaskan pemain Great Britain, Cameron Norrie pada Ahad.

Tampil dengan status pemain pilihan keempat, Nadal tidak berdepan masalah.

Iklan
Iklan

menang 6-4, 6-4 ke atas bintang tenis berusia 26 tahun yang juga pemain ke-12 dunia serta pilihan keenam dalam masa 54 minit dalam kejuaraan bertaraf 500 ATP tersebut.

Untuk rekod ini merupakan kejuaraan keempat Nadal dalam kejuaraan di Acapulco tersebut, selepas mencipta sensasi menjinakkan pemain nombor satu dunia yang baharu dari Rusia, Daniil Medvedev.

Iklan
Iklan

Kejayaan di Terbuka Mexico itu sekali gus mengekalkan momentum positif pemain berusia 35 tahun selepas unggul dalam Terbuka Australia dan Set Musim Panas Melbourne sebelum ini seterusnya melonjak ke kedudukan ranking keempat dunia.