Rumah berwajah baharu lepas banjir

Iklan
Zawiyah (dua dari kanan) bersama suaminya, Mohamad Daud (Dua dari kiri) serta dua anak mereka di hadapan rumah yang kini berubah wajah baharu.

TEMERLOH - Seorang tukang cuci di Kampung Sungai Dingin di sini kini boleh menarik nafas lega selepas rumahnya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini kini sudah berubah wajah baharu.

Zawiyah Abdul Rahman,52 memberitahu gembira kerana keadaan rumahnya lebih selesa selepas kira-kira dua bulan tinggal dalam keadaan serba kekurangan.

Iklan
Iklan

"Kami sekeluarga sangat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan pelbagai pihak, rumah kami siap pada semalam (Sabtu) selepas beberapa minggu kerja-kerja membaik pulih dilakukan termasuk mengecat rumah.

"Macam tak pernah terbayang, rumah kami lebih cantik berbanding sebelum banjir," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan
Keadaan rumah Zawiyah ketika proses baik pulih dilakukan.

Ujarnya, ia bagaikan mimpi dan tuah buat mereka kerana nasib keluarganya mendapat perhatian aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad menerusi syarikat keluarganya, Hybrid Nursery serta pihak-pihak lain yang prihatin.

Rumah tersebut didiami bersama suaminya, Mohamad Daud,63 dan serta dua anak perempuan mereka, Norhidayah, 24 dan Norfatihah, 23 ditenggelami banjir pada 20 Disember lalu menyebabkan keseluruhan siling pecah serta kelengkapan rumah musnah.

Iklan

Sementara itu, Khaidir memberitahu, pihaknya gembira kerana usaha tersebut berjalan lancar dan berharap keluarga itu dapat tidur lena serta selesa di rumah tersebut.