Laungan 'malu apa bossku' bergema di Tesco Senawang

Iklan
Najib diserbu pengunjung semasa membeli-belah barangan dapur di Tesco Senawang.

SENAWANG - Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang di sini, untuk berjumpa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, malam ini.

Beliau yang singgah ke pasar raya berkenaan pada jam 9 malam meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak, dan sayur.

Iklan
Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Najib.
Iklan

Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit 'malu apa bossku' dan berebut untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu.

Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, Najib kelihatan bersalaman dengan pengunjung sambil menolak troli barang yang dibelinya.

Iklan