Banjir Queensland: 79 rakyat Malaysia dipindahkan

Iklan
Saifuddin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Seramai 79 pelajar Malaysia di bawah pelbagai agensi telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di University of Queensland, manakala 35 lagi sedang dipindahkan susulan banjir yang melanda Queensland, Australia ketika ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, secara keseluruhan terdapat 348 rakyat Malaysia yang berdaftar di pantai pantai timur Australia, termasuk kira-kira 200 pelajar.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, seramai 75 orang pelajar di bawah pelbagai agensi telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di University of Queensland, manakala 35 orang pelajar sedang dipindahkan," ciapnya di Twitter pada Isnin.

Pada malam Ahad, Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari lalu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang terkesan dengan kejadian banjir tersebut telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara di wilayah itu.

KLN dalam kenyataan sama turut menasihatkan rakyat Malaysia di Queensland supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari masa ke masa.

Iklan