Balai Bomba ditenggelami banjir tidak jejas operasi menyelamat

Iklan
Shuhaimi (empat dari kanan) menerima kunjungan daripada Muhamad Zaki (tiga dari kiri) ketika meninjau situasi terkini di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang pada Isnin.

RANTAU PANJANG - Hujan tanpa henti serta limpahan air Sungai Golok menyebabkan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang ditenggelami air sedalam hampir satu meter pada Ahad malam.

Bagaimanapun keadaan tersebut kembali putih pada Isnin selepas air mulai surut.

Iklan
Iklan

Ketua Zon Kota Bharu, Pengusaha Bomba Shuhaimi Mahmood berkata, situasi tersebut sama sekali tidak menjejaskan operasi menyelamat di jajahan ini kerana balai tersebut merupakan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

"Operasi di balai ini masih lagi berjalan seperti biasa malah banjir kali ini juga tidak menjejaskan mental anggota kami.

Iklan

"Ini kerana kami pernah lalui situasi yang lebih mencabar pada banjir tahun 2014," katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan lawatan daripada Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Iklan

Menurutnya, dengan adanya aset-aset penting serta bantuan daripada agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM); Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan banyak lagi dalam penugasan menyelamat.

Beliau berkata, untuk operasi kali ini ia melibatkan 25 logistik, lapan bot dan lima lori.