Kes 1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana lagi

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi merekod keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma, Datuk Rohana Rozhan pada Isnin.

Menurut sumber, rakaman percakapan Rohana direkodkan selama tiga jam bermula jam 9 pagi di pejabat SPRM Putrajaya susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

"Keterangan beliau (Rohana) direkod sekali lagi pada hari ini (Isnin) untuk mendapatkan penjelasan berkaitan beberapa isu.

"SPRM juga telah merampas dokumen kewangan yang berkenaan untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM telah merekodkan keterangan Rohana selama sembilan jam pada Khamis lalu selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, ia adalah berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta) kepada Rohana.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat bertukar sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan dengan Rohana.

Memetik laporan media antarabangsa, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner memetik beberapa termasuk Rohana, menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Leissner turut ditanya sama ada dia pernah memberikan sejumlah wang diterima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikan kekasihnya rumah tersebut pada 2013 selepas Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.

Hubungan mereka kemudiannya berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee.