Tuduhan tak masuk akal: Neelofa

Iklan
Neelofa

PENGACARA dan pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor, menyifatkan dakwaan netizen yang kononnya dia menjadi antara punca kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan abang iparnya, Sharnaaz Ahmad, sebagai tidak masuk akal.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi Nabila dan Sharnaaz, selebriti berusia 30 tahun ini mahu semua pihak mendoakan kesejahteraan pasangan itu.

Iklan
Iklan

"Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya. Tuduhan itu tidak masuk akal langsung.

"Daripada membuat spekulasi yang tidak betul, saya harap semua pihak boleh mendoakan yang terbaik buat mereka," jawabnya.

Iklan

Kemelut rumah tangga membabitkan Sharnaaz dan Nabila mula menjadi perhatian ramai selepas aktor yang popular dengan drama Jebat itu dilihat berkongsi beberapa luahan isi hatinya menerusi media sosial, Instagram.

Lebih menguatkan desas-desus apabila keduanya tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing dan memuat naik gambar bersama.

Iklan

Nama Neelofa mula disebut selepas dia dilihat meninggalkan komen di Instagram kakaknya, yang seolah-olah menyindir Sharnaaz.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia lapan bulan.