Telegram Exco Negeri Sembilan digodam scammer nak pinjam duit

Iklan
Veerapan memaklumkan di Facebook akaun Telegram miliknya digodam oleh scammer.

SEREMBAN - Akaun Telegram milik Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan digodam oleh scammer.

Veerapan berkata, perkara itu disedari selepas isterinya menerima mesej menerusi aplikasi tersebut mengatakan beliau mahu meminjam wang.

Iklan
Iklan

"Saya juga terima banyak panggilan daripada rakan-rakan terdekat yang bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meminjam wang.

"Saya terkejut kerana mereka mendakwa saya ada menghantar mesej melalui Telegram mengatakan mahu meminjam wang dengan menggunakan nombor telefon, nama dan profil gambar saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Iklan

Kata Veerapan, sesiapa yang menerima mesej berkenaan diminta supaya menyekat nombor telefon terbabit.

Tambah beliau, selama ini tidak menggunakan Telegram untuk berkomunikasi tetapi menggunakan aplikasi WhatsApp.

Iklan

"Ini kejadian pertama nombor telefon saya kena godam dan saya tidak tahu motif orang itu. Saya harap tiada yang terpedaya," katanya.

Menurut Veerapan, beliau akan membuat laporan di Balai Polis Tampin pada Isnin

.