Pelajar Malaysia di Ukraine selamat

Iklan
Keadaan lengang di Kyiv, Ukraine susulan serangan oleh Russia. - Foto REUTERS

PUTRAJAYA - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Lviv, Ukraine berada dalam keadaan selamat, kata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan pada Isnin berkata, pelajar Malaysia berkenaan telah berada di Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland, bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam waktu yang terdekat.

Iklan
Iklan

Presiden Rusia Vladimir Putin pada 24 Februari mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine dan susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Ukraine juga telah mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam kerana"berisiko tinggi” kepada penerbangan awam.

Iklan

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang dibawa keluar dari Kyiv, Ukraine selamat tiba di Poland pada Sabtu.

Mengenai pelajar Malaysia di Rusia, KPT berkata, mereka akan terus berada di universiti masing-masing memandangkan jarak universiti agak jauh dengan kawasan bergolak.

Iklan

KPT berkata, ia akan sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di negara terlibat bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa dan tindakan lanjut yang perlu diambil.

"Pihak kementerian melalui pejabat Education Malaysia di London (EML) akan terus memantau perkembangan terkini konflik ini bagi memastikan keselamatan pelajarpelajar kita terjaga," katanya.

Pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara berkenaan boleh terus menghubungi Lukman Zulkifly di EML di talian 00442079851251 atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628. - Bernama