KUALA LUMPUR - Luruan monsun yang melanda negara telah pun melemah dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik dari 1 hingga 7 Mac ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, sepanjang tempoh ramalan, cuaca pada sebelah pagi dijangka hujan di satu dua tempat sahaja di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.