Aktiviti Meluncur

Iklan

Penggemar sukan papan luncur air melakukan aktiviti meluncur di tengah gelombang ombak besar di Pantai Karambunai, Kota Kinabalu, hari ini.

Sukan papan luncur kini semakin diminati oleh golongan belia dan remaja di sini. Rata-rata peminat sukan itu melakukan aktiviti tersebut semasa musim monsun kerana faktor ombak besar dan tinggi yang membolehkan mereka meluncur dengan baik.

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) peralihan Monsun Timur Laut dijangka berterusan sehingga Mac ini.

Tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan manakala kawasan pantai negeri-negeri yang mengadap Laut China Selatan juga dijangka mengalami risiko kenaikan paras laut. - Foto Bernama

Iklan
Iklan