Aktif kerja NGO kekuatan Nor Hayati

Iklan
Nor Hayati

SHAH ALAM - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Nor Hayati Bachok aktif dalam kerja-kerja kebajikan yang menjadi kekuatan beliau di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) juga aktif dalam Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang membuatkannya rapat dengan pengundi di DUN itu.

Iklan
Iklan

"Saya dilahirkan, bersekolah dan berniaga di Muar sebelum saya diberikan mandat untuk menjadi wakil rakyat DUN Maharani bermula 2018 sehingga 2022.

"Saya aktif di kebanyakan kerja kebajikan, NGO dan PIBG kerana anak saya belajar di sekolah yang pelbagai.

Iklan

"Undilah saya dan sokonglah PH. Maharani peduli, maju bermaruah, Johor bangkit," katanya menerusi satu video di saluran YouTube Suara Untuk Semua.

Sementara itu, calon PH di Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad mengharapkan pengundi di kawasan tersebut akan mengundinya pada PRN Johor nanti.

Iklan
Dzulkefly

Menurutnya yang memiliki latar belakang dalam bidang hartanah turut menegaskan komitmennya untuk berbakti kepada pengundi sekiranya diberikan mandat di kawasan tersebut.

Bercerita mengenai sejarah pendidikannya, Dzulkefly memperolehi ijazah pertama dalam bidang pengurusan hartanah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor dan melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di City University di London.

"Undilah saya pada 12 Mac. Luaskan kasih sayang, sayangi Kota Iskandar," katanya.

#SuaraUntukSemua adalah usaha bersama oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dengan kerjasama Astro Awani, Sinar Harian, SinChew Daily dan The Star bagi menyediakan akses media saksama kepada semua calon dalam PRN Johor sebagai sebahagian daripada kempen PRN Johor.

Liputan adalah termasuk platform media sosial, media cetak dan TV oleh rakan media terlibat.

Untuk mengambil peluang bagi menyampaikan mesej kepada pengundi, calon boleh merekod video mesej tidak lebih daripada lima minit dan hantarkan kepada BERSIH di media@bersih.org atau Telegram t.me/BersihOfficial sebelum 9 Mac.

Video akan dimuat naik di saluran YouTube #SuaraUntukSemua dan media terlibat akan mengambilnya untuk diterbitkan.